Sejarah Kanser Payudara Penyakit_barah_payudara

Barah payudara merupakan kanser yang paling tua di dunia yang diketahui oleh manusia sebagai kanser ketumbuhan dalam manusia. Penghuraian tentang kanser telah pun diketahui oleh orang Mesir purba sejak berkurun lamanya (walaupun istilah kanser/barah tidak digunakan ketika itu) iaitu lebih kurang 1600 S.M.

Papyrus Edwin Smith telah menghuraikan 8 kes ketumbuhan atau ulser pada payudara yang dirawat dengan kaedah pengkauteran, dengan menggunakan "fire drill" (gerudi dan bakar tisu kanser yang bertujuan untuk membunuh sel-sel kanser), konsep ini juga masih digunakan sekarang walaupun tanpa pembakaran. Daripada maklumat yang terdapat pada Papyrus Edwin Smith, penyakit ini, tidak mempunyai cara untuk dirawat dan terdapat satu kes lelaki telah menghidapi penyakit ini. Selama berabad-abad, para doktor tidak mampu merawat penyakit ini.

Tetapi, tidak lama kemudian, apabila pemahaman tentang sistem peredaran darah pada kurun ke-17, doktor telah berjaya memahami tentang hubungan antara kanser payudara dan nodus limfa di ketiak. Pakar bedah berbangsa Perancis Jean Louis Petit (1674-1750) dan kemudian pakar bedah berbangsa Scottish Benjamin Bell (1749-1806) merupakan pakar bedah yang terawal yang berjaya membuang nodus limfa, (kanser) tisu payudara, dan otot dasar dada.

Kejayaan mereka telah diteruskan oleh William Stewart Halsted yang memulakan mastektomi (merupakan prosedur pembedahan) di 1882. Beliau dikenali kerana Halsted mastektomi yang radikal, satu prosedur pembedahan yang kekal popular sehingga 1970-an.